who i am
De'BigBos!

WAKA WAKA EHH EH~ salam . hallo . itz me dayang HANIMAH :) NOTHING IN HERE , catatan di hari-hari bosan sahaja . hehe . anyway , tQ visiting me .

De'Story De'Resume De'Fav De'Tutor

De'Credits!

Template: Aina Syaza
Editor: Faizah Zulkfifli
Owner: Ima
Others: Nur Syuadah 
ngapakan jua kaw buat aku BEGINIE ???

‘I love you Hazif!’ tersentak hatiku apabila membaca ayat tersebut. Pada ketika itu, kami berdua bersama sedang menunggu makanan untuk makan di restoren yang berada dekat dengan kawasan aku membeli kain sebentar tadi. Entah kenapa hatiku terdetik untuk memeriksa peti masuk yang berada di telefon bimbitnya. Aku menunjukkan mesej tersebut kepadanya. Dia malah cuma tersenyum. Ah! Aku tahu. Senyuman yang hanya untuk menutup debaran yang sangat kencang di hatinya pada saat itu.
Lantas dia bersuara “cousin I tu, dia memang suka bergurau macam tu kat i.’ Aku hanya terdiam. Di hati hanya tuhan sahaja yang tahu. Pada mulanya, ingin sahaja aku menghampas telefon tersebut dan pergi dari situ secepat mungkin. Tetapi entah mengapa, aku terdiam dan hanya kaku di depannya. Dia tersenyum memandang aku. Aku membalasnya, kelat. Hambar sekali perasaan ku ketika itu. Rasa lapar yang teramat sangat sebentar tadi lantas hilang begitu sahaja. Makanan yang di pesan telah pun sampai. Tetapi aku hanya memandangnya. Sedangkan dia sudah mula mengunyah.
“sayang, kenapa tak makan lagi nie? Makanlah, tadi you kan yang nak sangat makan. Hinggakan baju I pon tak sempat nak beli lagi” dia bersuara lagi. Ah. Aku mula naik angin. Sabar Hanim, sabar. Aku menyuap makanan ke mulut. Ah! Pahit. Terasa hambar sekali. Aku hanya mampu menenangkan hatiku buat masa itu. Tiada gunanya aku marah-marah. Lantas, aku menyuap semula makanan ke mulut. Aku menyuap, mengunyah dan menelannya dengan perasaan yang bercampur baur. Apakah perasaanku disaat aku? Adakah aku marah? Tetapi mengapa aku tidak lantas memarahinya jika aku berasa marah. Adakah aku berasa sedih? Tetapi mengapa aku tidak menangis di saat itu? Ah, aku buntu. Aku menghabisakan makananku dengan pantas sekali. Dia tidak tekejut. Malah dia segera memanggil pembantu restoren untuk meminta bil makanan.
Selesai makan, kami lantas menuju ke lot parking untuk pergi ke keretanya. Dia membukakan pintu kereta untukku, seperti selalu. Aku masuk dan duduk. Namun aku masih belum ada kekuatan untuk menghias mukaku dengan segaris senyuman. Enjin kereta di hidupkan. Aku terdiam, malah dia juga terdiam. Dia tidak menggerakkan kereta, malah dia langsung tidak berkata apa-apa. Sehinggalah aku mendapat kekuatan untuk bersuara.
“siapa dia?”
“siapa?”
“siapa perempuan tu? Apa hubungan dia dengan you? Dia tinggal di mana? Kenapa dia mesej macam tu kat you?”
“I dah agak dah. Mesti pasal tu muka you jadi macam nie kan?”
“I Tanya nie!”
“apa?”
“jawablah!” aku tiba-tiba beremosi. Suara lantangku yang selama ini hanya disimpan di peti suara yang jauh di celah-celah suara yang halus lantas tersembam keluar akibat perasaan yang sangat marah.
“ok, fine! Janganlah macam nie. Nama dia Asheela. Dia tinggal kat Papar. Ok?”
“apa hubungan dia dengan you?”
“we just friend ok”
“so, i?”
“you’re my girlfriend sayang, kenapa ni?”
“you Tanya I kenapa? Tadi you cakap she is your cousin. And now?” nada dan suara itu lagi. Aku tersangat marah. Mengapa harus begini? Aku marah? mengapa aku marah? tidak, sebenarnya aku sedih, namun mengapa aku harus bersedih? Aku memandangnya seperti meminta simpati. Tidak, aku tidak meminta simpati. Aku hanya inginkan penjelasan darinya. Dia malah hanya tertunduk dan langsung tidak memandangku. Dia terdiam, begitu juga aku. Aku kemudian mengalihkan pandangan. Aku mengambil telefon bimbitnya, keudian menekan beberapa butang yang terdapat pada telefon bimbit tersebut. Aku menekan butang hijau yang terdapat pada bahagian sebelah kiri telefon tersebut setelah aku berjaya menjumpai nombor telefon perempuan tersebut. Ya, Asheela.
“helo abang” mengalir airmataku disaat suara Asheela kedengaran.
“helo, saya bukan Hazif” suara ku tidak jelas kedengaran.
“siapa nie? Kakak Hazif ke nie?”
“you siapa?”
“saya teman wanita dia, Asheela. Kakak kan dah pernah berjumpa dengan saya? Kakak tak ingat saya ke?”
“maaf, kakak lupa” aku lantas mematikan panggilan tersebut.
Aku menangis semahunya. Dia tidak berbuat apa-apa, malah hanya diam. aku segera keluar daripada keretanya dan terus berlari menuju entah ke arah mana. Aku menjadi bingung. Penglihatanku menjadi kabur kerana linangan airmata yang deras bercurahan. Aku hanya berlari sekuat hati. KEDEBUK! Aku kebingungan dalam menahan kesakitan. Ah, aku bermimpi rupanya.

whaa . aku ketawa :D



Older Post | Newer Post